perihal lelaki sejati

16 May 2010

satu kelebihan gua yg gua malas nak bising2kan selama nih ialah kebolehan gua untuk fokus pada dua pekerjaan dalam satu masa. . .

gua rasa ramai yg dah sedar kelebihan gua nih, tapi 'malam tadi punye kejadian' dah boleh buat ramai pihak rasa sangsi dengan statement di atas. gua pon ikut sangsi . . .

gua macam biasa, malam2 mesti sosial kalau ada teman2 yg free nak ajak gi jejalan. . . gua terang2 cakap gua xde pengalaman sangat dengan budaya masyarakat urban ni, tapi gua kena jugak wat study untuk meluaskan pandangan meluaskan daya pengetahuan . . .

dipendekkan cerita, gua keluar malam tu dengan gadis. dan disebabkan rakan gua, watak pipih dalam cerita ni, lambat sangat nak cari parking.. gua terpaksalah call..bagi mesej bertubi2 nak btau 'gua kat depan guardian dah', 'gua kat depan ayam penyet'.. 'gua kat depan popeye'. . .

mata gua asyik pandang skrin henset je. tapi gua tetap tak lupekan gadis gua.. hujung mata gua memang tak pernah lepas dari gadis ni.. gua follow belakang sambil baca bait2 mesej dari si watak pipih : xde tempat parking lagi laa

papp! sensor deria ke patblas gua tetiba bertindakbalas dengan keadaan sekeliling.. [penah tengok katun spiderman yg dulu2? view sekeliling Peter Parker tetibe jadi gelap2 ungu hitam... signal nak btau macam ada sesuatu yg x kena..]

mata gua lantas mencerna semua yg ada direct di depan gua skang!

--> 1 gadis separuh umur kat singki sedang pandang gua.
--> 1 gadis separuh umur kat singki sebelah gadis di atas sedang pandang gua dari reflection cermin depan singki...
--> noor [bukan nama sebenar] sedang senyum cover nak tergelak signal gua suh keluar.

tett! tett!!
aAAaaaaaaaa gua dalam toilet jantina berlawanan!



gua janji akan lebih berhati2 . . . dan lebih fokus! . . . agar x dipandang serong, bukan aje oleh masyarakat, malah anak2 gadis yg masih innocent dan belum kenal dunia.
[gua dah clear things sama gadis gua.. de dapat terima kenyataan gua nih, tp gua risau kalau2 esok kua suratkhabar.. paparazi nih bukan boleh percaye]

oke, gua ada reputasi untuk dibina! gerak dulu
assalamualaikum~

4 comments: