BEREHAT

20 April 2009

aku kene stop jap menulis blog...sibuk dengan hal2 di rumah. maklumlah, sekarang ini musim cuti.. aku pon perlulah bercuti kan??kan?? haha...

cuti2 ni aku akan lepak2 di rumah...
makan2 di rumah...
tidur2 di rumah...
bace komik di rumah...

pendek kate, semua aktiviti pon di rumah...di kampung halaman aku, Johornesburge.

kebiasaannye apabila di rumah aku akan banyak tidur dan banyak makan, sedikit bercakap. lagipun, di rumah aku itu hanya ada atuk dan nenek sahaja. takkan aku ingin berlawak dengan mereka sepanjag masa bukan?? sikit-sikit saje sudah memadai bagi mereka...

mama akan ade di rumah kampung itu pada musim2 cuti seperti hari sabtu dan ahad. hari laen?? sudah tentu sahaja beliau sibuk dengan kerjayanya selaku saintis di makmal di Melaka. [kerja mama ada iras2 pekerjaan seperti di makmal CSI...ini saja yang buleh aku beritahu, lebih dari ini, kau boleh disoal siasat dan lebih padah lagi.. kau mungkin akan diturunkan gred untuk subjek studio*...]

*apply only to KAED students

hmm...

jadi, hidup aku membosankan..ya aku sedar itu...
aku tahu kau fikir itu..
tapi aku memang begini bila tidak di samping rakan2...
ini salah satu sebab aku lebih suka balik lambat dan dapat bersama rakan2.. aku dapat lakukan aktiviti secara berkumpulan.. aku suke

di rumah aku akan lakukan aktiviti secara solo seperti makan solo, tidur solo, menonton tv secara solo, menelaah komik secara solo. untuk jangka masa selama 5 hari aku akan gembira dengan aktiviti ini.. kerana dalam masa 5 hari aku akan puas membaca komik tanpa diganggu. baca novel juga seronok. tapi jika sudah terlalu lama tidak bergelak ketawa dan membuat lawak, ini akan menimbulkan rasa bosan dalam diri aku. ini tidak bagus untuk diri aku... kadangkala aku akan ada banyak sangat lawak yang ingin aku kongsikan dan kadangkala aku akan ada banyak teka-teki yang aku ingin sampaikan...tapi aku terpaksa pendam sahaja. dan kadangkala aku akan kongsikan saja dengan atuk dan nenek...hihi.. mama juga tidak terkecuali. [hmm...lihatlah tu, ini saja keluarga yang aku ada...kau janganlah asik merungut dengan ahli keluarga engkau, kau patut hargai mereka k??]

in a nutshell, i love to be around my friends.. yup! friends...the more the merrier

3 comments: