MARI AKU AJAR KAU !!

28 February 2009

assalamualaikum..
mari aku ajar kau sedikit tentang ape-ape yang telah aku belajar dalam kelas Pendidikan Agama Islam di sekolah menengah sains ku...

yup, aku ini bukan dari sekolah agama seperti kamu...dan kamu..

1. berwudhu' : ketika berwudhu' atau meratakan dan menyapu air pada beberapa anggota badan, kite bukan sahaja membuang sel2 kulit yang sudah mati, tetapi juga membunuh bakteria yang ade di permukaan kulit. bakteria tersebut akan berinteraksi dengan air yang banyak tersebut ( mungkin selepas ini baru kau mahu betul2 mengenakan air sambil menggosok2...) dan apabila bakteria menerima air yang berlebihan, dikatakan kepada aku bahawa bakteria nakal itu akan mengembang dan akhirnye pecah... ( dalam bahasa yang mudah.. )


ape jadi jika saye tidak berwudhu'??saye bertayamum... (tanye rakanku dengan nada sedikit menggelabah...sama seperti intonasi kau ketika bace tadi..lalalalaaa)

"Kemudian Rasulullah memukulkan tangannya ke bumi satu kali kemudian menyapukan tangan kiri ke telapak tangan kanan dan kedua punggung kedua tangannya serta wajahnya". [H.R Bukhari dan Muslim.]

2. tayamum : ini menggunakan debu..dan tentu kamu lebih tahu. Bakteria tidak mengembang dan menjadi gemok2 air (sengaje aku tidak sebutkan nama bakteria2 nakal yang gemok2 air ini...lalalaaa.. tapi aku memang spesifikkan pade bakteria sahaje...jangan ade sesiapa terase pule...hihii) jika terkena debu...kamu harus menggelabah sekarang... sebenarnye bakteria2 nakal tersebut dikatakan akan kekurangan air...lalu seperti reput ..
bagi sesiapa yang melayan komik BUDAK GETAH ONEPIECE, bolehlah kau bayangkan semula perlawanan antara MONKEY. D. LUFFY dan LELAKI PASIR CROCODILE... kau ingat babak tangan kanan LUFFY tibe2 kehilangan air dan menjadi kurus kering selepas terkena pasir jahanam itu??? (serius kau perlu banyak mengulangkaji jika tidak tahu ini...lalalaaa) konsep yang hampir same di apply kepada bakteria... kehilangan air dan mereput...

3. Solat jemaah.. : (seperti jarang aku aplikasikan dalam kehidupan seharian aku ...tapi aku juge tahu ape kelebihannye dari segi saintifik.. biar aku ajar kamu dan mudah - mudahan kau ajar pade yang laen - laen pula) Pertama sekali, kau perlu tahu yang kau perlu rapatkan buku lali kau dan siku dan bahu dengan rakan sebelah kamu...tahu kenapa??
BEGINI,
pada saat kau solat berjemaah itu kau sebenarnye akan membuang atau disebut juge meneutralkan ion - ion negatif dalam badan kamu dan rakan2 sebelah.. jika rakan di sebelah kamu ade bnyak ion positif. dan kamu ade bnyk ion negatif, ia akan secara sainsnye terneutral ...maksudnye seperti kau ambil sedikit ion positif dari rakanmu itu..hikhik...


MINUMLAH AIR LALAT
Mari aku ajar pule tentang ini...
jika air minuman kau itu tibe2 termasuk lalat ...dan lalat itu tibe2 berenang - renang dan kau pule sangatlah ingin minum lagi air tersebut (kerana mungkin air itu adelah air yang sangat penting untuk kau minum...mungkin kau tidak mampu untuk mendapatkan air lain...atau ape2 saje alasan laen, aku xkesah langsung...) Maka, mengikut sunnah yang aku tahu ini, kau celupkan kedua -dua sayapnye...sayap kiri dan sayap kanan lalu buanglah lalat itu, dan minumlah tanpa rasa ragu2... aku tahu mungkin ade yang rase ragu2..tapi ini dilakukan oleh RASULULLAH saw...

TAHUKAH KAU KENAPA???
kajian saintifik menyatakan bahawa di sebelah sayap lalat ade racun...tapi sebelah lagi ade penawarnye...kau carilah sendiri di internet juge ade penerangan ini...takkan kau ingin disuap oleh aku sentiase...berusahalah sendiri mencari ilmu...aku ini bukan guru...

masih tidak percaye dengan penjelasan aku yang kurang ilmu ini bukan??lalalaaa

Sabda Rasulullah saw:
"Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, maka benamkanlah (lalat itu sepenuhnya dalam minuman itu) dan kemudian buanglah (lalat) itu. Kerana sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyembuh manakala pada sebelah yang lain terdapat penyakit."
____________________________________________________
Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiALLAHuanhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud, al-Nasa'i, Ibn Majah dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari “ no: 5782 (Kitab Tibb, Bab Apabila lalat jatuh...)

penat sudah aku bercakap -cakap tentang sains dalam islam ini...nanti2 jika aku terfikir lagi tentang ape2 yang ustazah cantek dan cikgu sains aku ceritakan, aku tambah...kau juge boleh berkongsi jika ingin mengajar aku...marilah...marilahh...

*aku ini bukan tahu sangat tentang agama, jadi aku seperti tidak berapa yakin untuk menulisnya, takut tersalah...jadi kamu bantu aku dan betulkan aku jika aku ini tersilap. terimakaseh

2 comments:

  1. tQ..

    mari dengar usrah dari perspektif 'budaksekolahsains'...

    dan betulkan aku jika aku salah...

    ReplyDelete